LAZZ Susu Kambing Untuk Anak

Rabu, 17 Februari 2016

6 Cara Atasi Bayi Kuning


Penyakit kuning atau jaundis sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Mudah untuk mengetahuinya, di mana bayi terbabit akan mengeluarkan najis berwarna kuning dan air kencing jernih.

Sila ikuti 6 cara atasi bayi kuning untuk menghilangkan demam kuning terbabit.


1. Berikan susu badan secukupnya kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.


2. Ibu perlu banyak makan kurma dan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi kuning.


3. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang terkena kuning.


4. Jemurkan kulit bayi pada awal waktu Dhuha sekitar jam 8.30-9.30pagi.


5. Beri hisapan madu dari jari ibu atau bapa bayi sendiri. Amalan ini turut boleh dilakukan kepada semua bayi juga.


6. Buat urutan lembut di atas kening bayi sambil berselawat dan bertasbih. Paling kurang 7 kali setiap hari.


Para ibu-ibu hamil boleh mengamalkan susu kambing dan kurma semasa hamil bagi kesihatan bayi. Untuk info lanjut berkaitan susu kambing dan kurma, boleh klik DISINI

Semoga bermanfaat buat keluarga anda.

PAUTAN:
bit.ly/SusuKambingLazz
instagram.com/SusuKambingLazz

Ahad, 14 Februari 2016

Pening Melipat Pakaian? Cuba 7 Tips Ini

Apa kata anda cuba tips berikut ini, mana tahu lepas ini tiada lagi masalah melipat pakaian. Tiada lagi masalah pakaian bertimbun tidak dilipat, hati pun senang.

1. Sangkut Baju
Mungkin cara ini lebih sesuai untuk rumah yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil dan tidak mempunyai anak usia bayi. Tak perlu pening kepala dan malas hendak melipat pakaian. Sebaliknya sangkut sahaja semua pakaian menggunakan penyangkut baju. Beli penyangkut baju dalam jumlah yang banyak dan sangkut semua pakaian kecuali pakaian dalam dan yang bersaiz kecil. Anda hanya perlu sediakan ruang almari yang besar untuk memuatkan baju-baju yang sudah disangkut tersebut. Selesai masalah!

2. Lipat Ikut Kategori Pakaian
Masa hendak melipat pakaian, apa kata anda asing-asingkan mengikut kategori seperti seluar, t-shirt, pakaian dalam, dan sebagainya. Lepas itu anda lipat mengikut kumpulan tersebut. Secara psikologinya
anda akan merasakan tugas melipat pakaian tidak membosankan dan cepat siap kerana melipat mengikut kategori.

3. Lepas Angkat Terus Lipat.
Selepas mengangkat pakaian di jemuran, lebih baik anda terus melipat pakaian. Jangan bertangguh sebab bila dibiarkan memang boleh menjadi malas. Lagi bagus kalau di rumah anda ada ruang khas untuk mencuci dan menyidai pakaian. Jadi lepas angkat anda boleh terus lipat di ruangan tersebut tanpa perlu membuat timbunan lain di dalam rumah.

4. Ajak Suami & Anak-Anak Bantu
Tugas melipat pakaian bukan hanya perlu terletak di bahu ibu/isteri sahaja. Sebaliknya ia boleh diagihkan apatah lagi jika sudah ada anak yang besar. Suami juga boleh membantu meringankan beban isteri
menguruskan kerja rumah. Tugas melipat pakaian antara tugas mudah yang boleh diserahkan kepada suami.

Anak-anak juga mesti diajar dari usia kecil lagi cara melipat pakaian sendiri. Walaupun hakikatnya anda boleh 'sakit mata' melihat cara lipatan mereka tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan bebanan kerja rumah. Untuk permulaan, anda boleh minta suami dan anak-anak melipat pakaian milik masing-masing. Lama-kelamaan apabila mereka semakin mahir, mereka boleh selesaikan tugas melipat pakaian dengan mudah. Percayalah!

5. Tonton TV Sambil Melipat Baju
Sesetengah orang tak suka melipat pakaian sebab katanya ia tugas paling membosankan. Jadi, untuk mengurangkan rasa bosan, lipatlah pakaian sambil menonton TV. Confirm, anda tak perasan pakaian yang menimbun hampir habis anda lipat apabila tamat filem yang anda tonton.

6. Upah Orang Lipat Baju
Bagi yang ada bajet lebih, mungkin boleh upah servis melipat pakaian. Jangan terkejut, kerana kini sudah ada orang menawarkan servis melipat pakaian. Mungkin anda boleh kumpul sejumlah pakaian untuk tempoh seminggu dan upah orang tersebut melipat pada hujung minggu. Biasanya upah yang dikenakan berdasarkan jumlah berat pakaian tersebut.

7. Basuh Di Dobi Layan Diri
Sesekali apa salahnya basuh baju di dobi layan diri. Selepas mencuci, boleh terus masuk dalam mesin pengering. Tak perlu menyidai pakaian di jemuran secara konvensional. Selesai mencuci dan mengering boleh terus melipat. Sekarang ini, kebanyakan pusat dobi layan diri turut menyediakan kemudahan kerusi mengurut, mesin vending minuman, televisyen dan kerusi meja untuk bersantai. Mungkin ini lebih sesuai untuk cucian fabrik bersaiz besar seperti selimut, cadar, comforter atau pakaian selepas pulang daripada bercuti atau balik kampung.

Semoga bermanfaat buat keluarga anda.

PAUTAN:
bit.ly/SusuKambingLazz
instagram.com/SusuKambingLazz


Sabtu, 13 Februari 2016

POSISI BAYI YANG SELESA SEMASA MENYUSU



  • Bayi diampu dengan baik dengan kepala diletak atas lengan ibu, sementara lengan satu lagi mengampu punggung bayi.
  • Kepala, badan dan kaki bayi adalah dalam garisan lurus.
  • Bayi dipegang rapat dengan badan ibu. Tarik bayi ke arah payudara, bukan ibu yang membongkok ke arah bayi.
  • Muka bayi menghadap payudara ibu dan hidung bayi setentang dengan payudara ibu.
  • Pastikan perut ibu bertemu dengan perut bayi.
Jika perlu, gunakan bantal untuk melapik bayi supaya ibu dan bayi selesa.

PAUTAN:
http://bit.ly/SusuKambingLazz


Khamis, 11 Februari 2016

Resepi Biskut Persahabatan

Resepi Biskut Persahabatan

Bahan- bahannya :-

1 sudu besar senyuman
1/2 kg senda gurau
1 gelas sayang menyayangi
1 pinggan hormat-menghormati
1 cubit faham memahami
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan

Cara-caranya:

1. Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.
2. Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain. Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk
mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.
3. Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan.
4. Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa .
5. Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya, tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.
6. Akhir sekali, hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat restu dari-Nya.

Selamat mencuba :-)

SUMBER: http://bit.ly/SusuKambingLazz