LAZZ Susu Kambing Untuk Anak

Jumaat, 28 Julai 2017

Sudah minum LAZZ ke?


Dah amik lazz ke belum pagi ni?

Tau tak, the best result bagi yang ada masalah period n nak hamil at least diamalkan 2x sehari.




Pagi2 perut tengah kosong tu elok minum lazz sebab sifatnya yang alkali akan cepat hadam dan diserap dalam tubuh sekaligus dapat buang angin jahat yang suka selit2 kat badan tu. Ada yang sendawa2 je. Ada yang lepaskan angin dari bawah...🌬🙊

Malam pulak, kenapa sebelum tidur? Ketika tidur tubuh kita bekerja utk stabilkan hormon dan regularkan sistem badan.. Kalau period x regular.. Amalan lazz sbelum tidur mmg cepat nampak result period akan jadi regular. Bila dah regular in Shaa Allah nak cari waktu subur pun senang.



Meh PM kami kalau nak tanya pape ye -->> bit.ly/WasapLazz


Rabu, 26 Julai 2017

"MAKCIK INGAT SAYA TAK KESIAN KE KAT ANAK SAYA.."

Pergi mana-mana semua mesti nak tanya “breastfeeding ke susu formula?”

Hmmm kita pun jawablah, “oh, saya campur”..

Lepas itu ada pulak makcik-makcik yang menyampuk,

“ala ibu-ibu muda zaman sekarang ni mengada je lebih, tak tahan sakit. Biasalah kalau susukan anak memang rasa sakit sebab anak gigit. Ibu muda sekarang tak macam orang dulu-dulu. Lembik.”

PAAAPPPPPPP!
Macam kena satu tamparan kat pipi aku ni.

Nak je aku jawab
“Makcik ingat, saya tak kesian ke kat anak saya?

Makcik ingat saya tak boleh tahan sakit untuk anak saya ke? Makcik taktahu apa2 lebih baik makcik diam! ”

Tapi semua tu aku simpan dalam hati jelah. Nanti orang cakap aku ni biadap pulak.

Ye aku dah cukup stress dah sebab tak dapat beri susu badan penuh. Susu formula pun kena tengok jugak, tak tahu tahap gula dalam susu tu berapa banyak. Kesian kat anak, kecik2 lagi dah consume banyak gula.

Ye aku pikir semua tu. Sebab tu sebolehnya aku bf jugak anak aku walaupun susu keluar sikit.

Memang tak semua yang paham kita ni. Bukan aku taknak bf anak aku. Tapi susu cepat kering. Susah sangat nak keluar. sampai memudaratkan si Mommy. Bukan aku mintak pun jadi macamni. Dah macam2 usaha aku cuba buat. Makan itu ini tapi susu susah jugak keluar. Maafkan Mommy ye nak 😢

Memang beruntung sangat orang yang susu badannya banyak, tapi aku percaya setiap orang ada dugaan masing2..

Jadi aku tekad takkan berhenti usaha untuk tambah susu badan sebab aku nak anak aku sihat!

Scroll punya scroll ada terbaca satu share & tips ni sangat membantu untuk aku.

So aku nak share dengan mummies kat luar sana yang senasib dengan aku huhuhu..

1. BAWA BERTENANG

Nampak macam takde kena mengena kan? Hahaha tapi serious beb ada kena mengena. Aku selalu bila susu kering je mula lah panik macam orang gila, duk perah tapi takde hasil. Rasa nak baling je botol susu hahaha.. Tapi aku cuba buat rilek sebab sebenarnya pasal tekanan lah punca penghasilan susu terganggu. Bila kita bertenang, tindakbalas hormon akan mengneutralkan & membantu pengeluaran susu.

Selalunya sambil perah aku dengar ayat Al-Quran supaya aku remain cool gittew.. Takpun aku bayangkan & ingat balik wajah & keletah anak aku.. Terus tersenyum and aku tanamkan niat iaitu IKHLAS. Jangan rasa terbeban pun masa perah tu. Rasa laju je susu tu mengalir beb!

TAK PERCAYA?? CUBALAH!!

2. SUPPLY AND DEMAND

Kita bukan nak belajar ekonomi ye, hehe apa tu supply? Demand tu apo bondo pulak?

Haa para ibu kena tahu, lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu dihasilkan. Ni lah maksud ‘supply and demand’.
Susukanlah bayi sekerap mungkin, seharusnya ikut kehendak mereka.

Susu yang dihasilkan pulak sebenarnya cukup untuk bayi mengikut peringkat umur mereka. Jadi, jangan risau sebab perut baby tu sangat kecik and susu yang diperlukan sudah memadai untuk perut mereka.

Jangan duk panik kalau baby asyik merengek walaupun dah bagi susu banyak kali. Kadang-kadang dia merengek sebab nak manja je dengan mummy dia.. Hehehe..

3. KOSONGKAN PAYUDARA

Macamana nak kosongkan payudara ni? Haaa maksudnya kena kerap susukan bayi & perah susu badan. Sebab kalau susu penuh, payudara akan membengkak dan ibu akan senang demam secara tiba2. Jika payudara kosong, susu akan dihasilkan semula lebih cepat dan memenuhi ruang payudara.

Nak senang faham camni lah. Semakin banyak ruang kosong dalam kantung payudara, Semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Semakin lambat ruang payudara dikosongkan, Semakin kurang potensi susu dihasilkan. Haa paham dak?
Hehe terbelit lidah nak faham kan tapi para ibu kena tahu tau pasal ni.

SAYA ADA SATU CARA NAK KOSONGKAN PAYUDARA DENGAN CEPAT!

Haa memang cara ni cepat pun.. Nak tahu macam mana? Macamni, bila susukan anak dekat payudara belah kiri, mummies boleh perah susu dekat payudara belah kanan guna pam elektrik. TARAAAAAA! DAH KOSONG! 😉😉

Ni antara tips yang saya boleh kongsi..InshaaAllah semoga proses penyusuan mummies kat luar sana dipermudahkan 😊


Banyak lagi info berguna untuk ibu dan bapa... klik [ SINI ]