LAZZ Susu Kambing Untuk Anak

Ahad, 17 November 2019

Meluangkan Masa Berharga Untuk Anak

Meluangkan Masa Berharga
Untuk Anak 






Mohd Salfizam Salamun
Sahabat Bisnes Dari Rumah
17 November 2019

Hujung minggu adalah waktu paling berharga untuk melakukan aktiviti sihat bersama-sama anak tidak kiralah di dalam mahupun di luar rumah.

Jika boleh, elakkan membuat tugasan kerja di pejabat atau rumah pada hujung minggu kerana peluang berharga bersama keluarga yang datang tidak mampu dikembalikan pada kemudian hari.

Buat jadual bagi menguruskan tugasan penting bagi mengelakkan ia mengganggu perjalanan aktiviti keluarga anda.

Aktiviti di bawah mungkin dapat membantu anda menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dalam suasana yang menyeronokkan dan memberi penuh makna kepada satu sama lain.

Makan Bersama

Ada setengah keluarga masih mengamalkan aktiviti makan bersama sebagai rutin harian mereka, namun tidak kurang juga yang sudah lama tidak berkesempatan meluangkan masa seperti itu.

Apa kata jadikan rutin makan bersama setiap hari sekurang-kurangnya waktu makan malam sebagai peraturan yang wajib buat seisi keluarga.

Semua ahli keluarga wajib ada dan makan bersama di meja makan. Bukan saja ibu bapa, malah anak juga pasti akan seronok apabila dapat makan bersama terutama bagi mereka yang jarang bersua walaupun tinggal dalam rumah yang sama.

Paling penting, letakkan telefon bimbit masing-masing jauh dari meja makan. Jangan benarkan sesiapa melayani gajet pintar mereka dalam tempoh ini kerana tumpuan perlu diberikan kepada perbualan keluarga, tidak kiralah apa pun topiknya.


- Bermain Bersama-Sama

Cuba tunaikan hasrat si kecil sekiranya dia mengajak ibu bapa untuk bermain bersama-sama. Tidak salah jika ayah melayan anak perempuan yang mengajak bermain masak-masak, yang pasti hubungan anda akan lebih erat.

Kerelaan ibu bapa bermain bersama anak akan memberi kesan yang mendalam kepada diri si kecil. Ini kerana mereka akan berasa kehadirannya sangat penting dalam kehidupan ibu bapa.

- Raikan Majlis Istimewa

Meraikan kegembiraan bersama orang tersayang tentu lebih bermakna. Misalnya, majlis sambutan hari jadi tidak kira sama ada meraikan majlis secara sederhana di rumah ataupun besar-besaran di luar.

Perkara yang lebih penting adalah dapat menghabiskan masa berkualiti pada tarikh istimewa anak bersama seisi keluarga.

- Beriadah Bersama

Selain mengajar anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat, aktiviti riadah seperti berbasikal, bermain bola dan berjoging dapat mengeratkan hubungan erat anda sekeluarga.

Keseronokan akan lebih dirasai apabila seisi keluarga dapat mengekalkan kesihatan sepanjang masa kesan daripada aktiviti riadah yang sihat. Selain itu, kesegaran udara yang diperoleh ketika melakukan aktiviti riadah juga membantu mengekalkan kesihatan emosi dan fizikal diri.

Pada masa inilah kadangkala anda boleh mengenali anak dengan lebih dekat. Biasanya anak akan lebih mudah bercerita ketika melakukan aktiviti santai.



- Baca Buku Bersama

Anak akan duduk diam sekiranya ibu atau bapa membacakan mereka buku cerita dalam gaya yang menarik. Selain dapat menanamkan minat membaca, mereka pasti sentiasa mengingati saat ibu dan ayah membacakan buku cerita sebagai waktu terindah pada zaman kanak-kanak.

Pada masa sama, ibu bapa juga dapat melihat perkembangan tumbesaran setiap anak tanpa mengharapkan taska atau pengasuh semata-mata.

Hargailah masa berharga untuk anak-anak anda. Masa keriangan ini hanya muncul sekali sahaja dalam kehidupan anak. Berlainan jika anak sudah meningkat dewasa. Jadilah ibu bapa dengan contoh teladan yang terbaik untuk anak-anak anda.




Baca Juga Artikel Menarik :




Ikuti kami di media sosial berikut:




Selasa, 22 Januari 2019

Bayi Asyik Menangis? Kenali 6 Tanda Bayi Hendak Menyusu



Bayi Asyik Menangis? Kenali 6 Tanda Bayi Hendak Menyusu


Mohd Salfizam Salamun
Sahabat Bisnes Dari Rumah
22 Januari 2019



Bagi yang baharu bergelar ibu, tentu masih belum mahir memahami tanda-tanda bayi hendak menyusu. Adakah bila anak sudah menangis baru hendak disusukan atau susukan sahaja walaupun dia belum menangis? Mana satu tanda yang betul?

Kadang kala sampai merajuk si comel sebab ibu lambat sangat bagi susu. Bila bayi sudah 'melalak' kuat-kuat, ibu pun mulalah panik dan stres. Bila ibu stres, susu pun lambat keluar dan lagi kuatlah anak mengamuk.

Nampak tak kaitan tersebut? Jadi, pentingnya untuk ibu memahami tanda bayi hendak menyusu terutama dalam kalangan ibu baharu yang dalam tempoh berpantang. Bila ibu tahu tanda tersebut, tak perlu tunggu sehingga anak menangis dan mengamuk baru hendak disusukan.

Ini kerana biasanya orang sekeliling yang tidak faham tentang penyusuan susu ibu akan memberi tekanan kepada ibu dengan memberitahu susu ibu tidak cukup untuk anak sebab itu anak menangis walaupun sudah disusukan.

Hakikatnya si kecil merajuk dan mengamuk sebab ibu lambat menyusukannya dan bukan sebab dia kurang susu!



Jadi, fahami betul-betul tanda berikut supaya anda menjadi ibu yang lebih cekap dan memahami keinginan si comel.

1. Bebola mata bergerak-gerak.
# Apabila si comel mula menggerak-gerakkan bebola matanya ke kiri dan ke kanan, cepatlah bertindak.

2. Mulut terbuka dan mencari sesuatu.
# Alahai memang comel tengok aksi ini tapi itu petanda dia hendak menyusu.

3. Merengek manja.
# Suara manja yang ingin memberitahu ibu dia sedang lapar!

4. Menghisap jari, tangan, sarung tangan atau apa sahaja.
# Kalau anda melihat aksi si comel menghisap jari, tangan atau sarung tangan atau apa sahaja yang boleh disumbat dalam mulut memang 'confirm' dia kelaparan.

5. Menangis dengan kuat.
# Kalau bayi mula menangis dengan kuat secara tiba-tiba, ia adalah tanda dia betul-betul hendak susu.

6. Bayi mula merajuk.
# Tanda akhir ini sudah tentu akan membuatkan ibu menggelabah kerana akhirnya bayi mula merajuk dan susah untuk dilekapkan pada payudara ibu.

Jadi, sebaiknya ibu perlu elakkan bayi daripada menunjukkan tanda paling kritikal ini kerana penyusuan akan menjadi sukar. Cepat susukan anak sebelum dia  merajuk dan mengamuk.


Baca Juga Artikel Menarik :










Isnin, 14 Januari 2019

Isteri Sebagai Tukang Masak? Sedap Tak Isteri Masak?






-------------------------------------
“SEDAP TAK ISTERI MASAK?”
                           ------------------------------------



Mohd Salfizam Salamun
Sahabat Bisnes Dari Rumah
14 Januari 2019




Setiap kali isteri masak makanan kegemaran untuk suami itulah soalan yang selalu diajukan.. bila waktu tengah makan memang aku tak bercakap selain dari merakam gambar yang isteri masak dan mempelawa keluarga untuk makan sekali..

Sekali lagi isteri tu nak jugak jawapan suami.. “OK KE ISTERI MASAK???” Ayah perhati je dan ayah menyakat aku. “BERANI NAK CAKAP TAK SEDAP? AYAH TAK SABAR NAK RASA MASAKAN LAIN PULA LEPAS NI!” tambah nasi dan tambah lagi.. berselera aku makan. isteri pula dari tadi perhati aku.

Selesai makan.. aku pon jawab jawapan.. “SEDAP BETUL MASAKAN ISTERI. 2 KALI TAMBAH DAH CUKUP!” isteri senyum dan masih lagi bertanya..




SUAMI KENAPA TAK NAK HABISKAN AYAM MASAK KURMA TU???” kali ni jawapan aku bukan untuk melawak atau loyar buruk depan ayah dan isteri.. tapi jawapan ni sekadar gurauan seisi keluarga..

SENGAJA SUAMI TINGGALKAN BEBERAPA KETUL AYAM MASAK KURMA ITU SUPAYA KALIAN YANG LAIN DAPAT MERASA MASAKAN SEDAP DARI ISTERI AKU..”

Lepastu aku doakan isteri supaya Allah Maha Besar memberkati dan memberi kesejahteraan untuk dia berkhidmat dan berjasa kepada suami. Amin..

Aku tak pernah nak kata TAK SEDAP apa saja masakan isteri.. walaupon isteri goreng telur dadar saja. Sebab DIA YANG MASAK. dan aku bersyukur sebab dia usaha nak masak dengan bukan paksaan. IM A SIMPLE GUY.. You nak masak? You masak. You nak suruh beli barang untuk masak? NO. Lets together to pasar. Salah beli kang? aku yang kena 😂

SATU peringatan buat semua brotherhoodku.. JANGAN kita bandingkan masakan isteri dan mak. bila isteri tanya “SEDAP KE TAK?” itu maknanya dia tanya masakan dia sedap untuk dimakan tak? tak ada siapa yang dia mintak untuk dibandingkan. kecik hati dia nanti.. Puji dia. lagi dia semangat nak masak! 😉

SUMBER : Afiatul Salsabiila

#LagendaMakhlokMacho



Baca Juga Artikel Menarik :