Isnin, 14 Mac 2016

Makanan Yang Baik Untuk Ibu Hamil



Seorang ibu hamil bukan hanya bertanggungjawab ke atas kesihatan diri sendiri, tetapi juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perkembangan janinnya.

Jom kita ikuti panduan pemilihan makanan yang baik untuk ibu hamil. Semoga bermanfaat!


1. Bijirin
Mungkin bukan hanya ibu hamil sahaja yang menyukai jenis makanan yang baik untuk ibu hamil. Tetapi secara umum, bijirin memang menjadi salah satu jenis makanan yang lazat. Dengan memenuhi selera pada waktu sarapan pagi, seorang ibu hamil boleh mengurangi rasa mual dan juga muntah di pagi hari atau yang biasa disebut dengan "morning sickness". Bijirin ini diketahui memiliki beberapa kandungan mineral, nutrisi dan juga vitamin yang baik kepada ibu hamil.


2. Susu
Makanan yang baik untuk ibu hamil selanjutnya adalah susu dan berbagai produk berasaskan susu. Dengan mengamalkan susu, seorang ibu hamil akan mendapatkan banyak manfaatnya. Bukan hanya untuk kesihatannya sendiri, tetapi ibu hamil juga tentunya akan memberikan manfaat sama kepada si anak dalam kandungan. Susu dikira sangat bermanfaat untuk pertumbuhan jaringan baru pada tubuh janin dan juga boleh membantu memperbaiki jaringan yang rosak pada janin. Susu mengandung cukup banyak protein, dan protein adalah salah satu zat yang membantu melancarkan perkembangan janin.


3. Buah dan Sayur
Ketika usia kehamilan, anda masih di usia trimester pertama, vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan daya tahan tubuh dalam memerangi pelbagai serangan penyakit. Nah, vitamin C ini boleh anda dapatkan dari beberapa jenis buah yang menjadi makanan yang baik untuk ibu hamil. Bukan hanya buah, tetapi anda juga memerlukan zat-zat penting lainnya seperti zat besi yang boleh membantu anda menurunkan risiko terkena anemia atau kekurangan sel darah merah. Zat tersebut boleh anda dapatkan dari jenis-jenis sayuran hijau.


4. Ikan
Ada beberapa jenis seafood atau makanan laut termasuk ikan cukup disarankan bagi para ibu hamil kerana juga menjadi salah satu jenis makanan yang baik untuk ibu hamil. Ini kerana mengandung asam lemak omega 3. Zat tersebut dinilai sangat bermanfaat untuk membantu melancarkan proses pembentukan dan perkembangan otak janin. Akan tetapi untuk beberapa jenis ikan tertentu, anda juga harus menghindariya kerana terdapat kandungan merkuri dan juga lemak yang boleh mengganggu kesihatan tubuh anda.


5. Kekacang
Jika anda adalah jenis orang yang suka mengunyah sesuatu makanan pada waktu-waktu kelapangan anda, maka anda mungkin perlu menggantikan jenis makanan yang anda makan dengan beberapa jenis kekacang yang mengandungi banyak asam folat dan juga vitamin B. Kekacang dianggap sebagai salah satu makanan yang baik untuk ibu hamil kerana kandungan gizinya cukup diperlukan untuk membantu perkembangan sistem saraf pada bayi. Bukan hanya untuk bayi atau janin yang ada di dalam kandungan, tetapi jenis kekacang tersebut juga berfungsi untuk meningkatkan energi dan sistem imun si ibu.


6. Air Putih
Jenis makanan yang baik untuk ibu hamil selanjutnya adalah air putih yang berfungsi untuk menjaga kondinasi tubuh agar tetap fit. Jika selama awal kehamilan anda sering mengalami mual dan muntah, maka disarankan supaya anda lebih banyak mengamalkan air putih yang sudah dicampurkan dengan pati buah tanpa gula.

" Apakah posisi yang selesa semasa menyusukan bayi anda? Jom ikuti artikel ini". Klik --> SINI

Mulai sekarang cubalah untuk lebih berwaspada dan lebih menjaga kesihatan tubuh anda dan juga bayi yang berada dalam kandungan anda. Anda pasti boleh melakukannya.


✅ Maintainkan HB
✅ Rawat Kuning Bayi Sebelum Lahir
✅ Bayi Lahir Kulit Bersih dan Tulang Tegap.
✅ Bantu Kuatkan Rahim Ibu
✅ Anak Lahir Menjadi Bijak dan Penyabar (kurma)
✅ Menambah Tenaga Ibu Hamil dan Hilangkan Pedih Ulu Hati.

🍹1 Mug = 4 Sudu Besar
🍹1 - 2 Kali Sehari (Pagi & Malam)
🍹LAZZ SUSU KAMBING KURMA
# Membekalkan Sumber Kalsium Dan Nutrisi LENGKAP Untuk Ibu Hamil

Terima kasih kerana berjaya meluangkan masa untuk membaca sehingga habis artikel ini. Saya harap ianya berbaloi!!!

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat untuk anda, saya harap anda boleh tolong kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Ikuti kami melalui media sosial di bawah:
Facebook | Instagram | Blog | Hubungi Kami


Tiada ulasan:

Catat Ulasan