Ahad, 10 Jun 2018

Makanan Baik Untuk Anak


POSTING 10 JUN 2018
Oleh : Mohd Salfizam Bin Salamun (Sahabat Bisnes Dari Rumah)


> Jika si kecil Sudah lama tidak poo2,
> Kurang Selera Makan,
> Meneran Terlalu Kuat hingga menangis,
> Najis Keras,

Itu petanda si kecil anda ada Sembelit.. Dan keburukan sembelit juga boleh menyebabkan anak sukar mengawal kencing dan terkencing diatas katil. Kerana Usus yang penuh boleh menyebabkan Ruang Punci Kencing menjadi Kecil dan sempit.

“4 P” di dalam gambar dibawah 👇🏻 boleh Selesaikan Masalah Sembelit Si Kecil secara Semulajadi iaitu :


Papaya
Prune
Pear
Plum

Namun, jika masalah sembelit masih berlarutan dan kerap berulang, anda boleh cuba tukarkan susu anak kepada Lazz Susu Kambing.. Kaya Kandungan Potassium membantu anak lebih lawas dan selesa penghadaman 😃

Khamis, 3 Mei 2018

Kulit Muka Berminyak? Ada Berita Baik Ni






POSTING 3 MEI 2018
Oleh : Mohd Salfizam Bin Salamun (Sahabat Bisnes Dari Rumah)



Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering.

Namun jika berlebihan, ia menyebabkan muka berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka hingga rasa kurang keyakinan pada diri.

Dah tak payah keluar duit banyak dah nak atasi kulit muka berminyak ni, guna bahan-bahan kat bawah ni je. Nak tahu? Jom baca post kat bawah. Selamat mencuba





1. Tomato

Kisarkan sebiji tomato hingga lumat dan campurkan dengan sedikit madu. Sapu rata pada kulit muka dan biarkan selama 15 minit. Setelah selesai, bila dengan air suam hingga bersih.




2. Yogurt

Ambil sesudu besar yogurt dan ratakan ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas. Lakukan seminggu sekali. Ia akan membantu menanggalkan sel kulit mati dan menyerap lebihan minyak pada muka.




3. Timun

Kisar timun segar hingga hancur lalu jadikannya sebagai masker pada wajah. Biarkan selama lebih kurang 30 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu untuk kesan terbaik.




4. Garam

Masukan garam ke dalam bekas berisi air suam. Kacau hingga sebati kemudian cuci kulit muka bersama air garam tersebut. Lakukan sehari sekali.



5. Lemon

Campurkan sesudu jus lemon bersama sedikit madu dan susu. Sapukan pada kulit muka biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dibilas. Amalkan sekali sehari untuk hasil yang terbaik.



6. Madu

Campurkan madu bersama perahan air limau purut atau asam keping. Kemudian sapukan bahan campuran secara merata pada muka dan biarkan ia kering dengan sendiri. Apabila kering, bila muka dengan air bersih. 



Semoga bermanfaat untuk anda !!!


Komuniti Laman Sosial :










Selasa, 1 Mei 2018

7 Perkara Ibu Menyusu Perlu Tahu




Tubuh badan kita sebenarnya sedang bekerja untuk menghasilkan nutrisi yang sangat diperlukan oleh si kecil semasa menyusukan anak.

Antara lain, ibu perlu juga menjaga pemakanan agar si kecil tidak mengalami masalah alahan atau sebarang gejala yang membimbangkan ibu.

Susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia, tetapi ada masanya susu badan ibu boleh berubah rasa dan kualiti oleh sebab beberapa faktor.

Jadi ibu-ibu perlu menjaga pemakanan untuk mengekalkan kualiti susu badan agar si kecil mendapat susu badan yang terbaik.

7 PERKARA IBU MENYUSU PERLU TAHU

Berikut adalah beberapa perkara yang ibu menyusu perlu ketahui.

1. DIET BERLEBIHAN

Kredit : crystalxperdana.com
- sakit perut

Selepas bersalin, mungkin ada wanita yang rasa stres melihat perut mereka yang menggeleber. Oleh sebab itu, ada yang cepat-cepat memulakan diet untuk kembali kepada bentuk badan asal.

Tak salah jika anda memilih makanan yang berkhasiat, namun pastikan anda turut mengambil makanan daripada semua piramid makanan agar semua nutrisi lengkap dapat diperolehi oleh tubuh.

Rejim diet yang terlalu ketat juga boleh menjadi punca susu badan anda merudum dan semakin berkurang.

2. BUAH-BUAHAN SITRUS

Kredit : diarynutrisi.com
- buah buahan

Elakkan memakan buah-buahan sitrus seperti oren, limau, dan lemon terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada sistem penghadaman bayi yang belum matang.

Menurut sumber, ia juga boleh menjadi punca ruam lampin kepada bayi jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, pelbagaikan pengambilan vitamin C melalui buah-buahan lain seperti jambu batu, epal, betik, dan anggur.

3. JAMU DAN UBAT

Kredit : mcare.com
- ubat

Bukan semua jamu yang boleh anda makan semasa dalam pantang. Ada sesetengahnya dapat menimbulkan masalah kesihatan bagi bayi yang tidak serasi dengannya. Sekurang-kurangnya, tunggu 14 hari selepas bersalin sebelum mencuba sebarang produk kesihatan atau suplemen herba.

Seeloknya, baca label dengan teliti dan beli dalam kuantiti kecil terlebih dahulu. Sekiranya bayi tidak terganggu dengan penyusuan, barulah anda meneruskan pengambilannya. Elakkan sama sekali produk-produk yang diragui dan tidak diperakui oleh badan-badan berdaftar.

Sekiranya anda jatuh sakit dan perlu memakan ubat, pastikan anda memberitahu doktor bahawa anda sedang menyusu supaya mereka dapat mempreskripsikan dos dan jenis ubat yang khusus.

4. MAKANAN PEDAS

Kredit : cronyos.com
- lauk pedas

Tidak semua bayi akan meragam dan mogok menyusu apabila ibunya memakan makanan pedas. Namun, anda mungkin akan mendapati sesetengah bayi amat sensitif terhadapnya, lebih-lebih lagi sekiranya bayi menyusu badan dalam masa 1 jam selepas anda memakannya.

Oleh itu, jika anda minat dengan makanan pedas, cuba makan makanan tersebut dalam kuantiti kecil dahulu untuk melihat reaksi bayi.

5. GANDUM

Kredit : foodnavigator.com
- pokok gandum

Sesetengah bayi akan berasa tidak sedap perut, kembung, dan sembelit akibat alahan terhadap gandum yang terdapat dalam roti, pasta, mee, dan pastri.

Sekalipun bayi tidak meragam, anda boleh memantaunya melalui najis bayi. Jika ia tidak kelihatan normal dan nampak berketul, kering, dan berdarah, cuba elakkan makanan yang bergandum selama 2-3 minggu. Sekiranya najis mereka kembali normal dalam tempoh tersebut, mungkin bayi anda alah terhadap gandum.

6. KAFEIN

Kredit : flickr.com
- kopi

Salah satu minuman yang perlu dihadkan pengambilannya semasa menyusu badan adalah minuman berkafein seperti kopi, teh atau soda.

Antara kesan yang boleh dialami akibat kafein ini adalah masalah sukar tidur, meragam, dan ketidakselesaan. Seelok-eloknya, hadkan pengambilan kopi harian anda kepada 1 gelas sehari.

7. SOYA DAN PRODUK TENUSU

Kredit : indiamart.com
- soya

Susu, produk tenusu seperti keju dan yoghurt, serta soya adalah antara makanan yang paling kerap menjadi alahan kepada bayi dan anak kecil. Sungguhpun mereka tidak meminumnya secara terus, proses penceraian makanan ini boleh membawa alergen yang sama untuk masuk ke dalam susu badan.


MAKANAN BERKUALITI PENTING UNTUK ANDA DAN BAYI

Jangan rasa tertekan sekiranya anda tidak dapat memakan makanan kegemaran anda semasa menyusu badan. Pantang ibu menyusu ini hanya berlangsung buat sementara saja. Tambahan pula, tidak semua bayi yang alah terhadapnya.

Pemilihan makanan adalah mustahak supaya anda juga dapat nutrisi yang baik untuk menggalakkan lagi penghasilan susu badan yang berkualiti. Paling penting, banyakkan minum air ya!

Susu Kambing adalah pilihan terbaik untuk dijadikan sumber kalsium ibu menyusu kerana proteinnya mudah dihadam dan kurang risiko bayi menyusu mendapat alahan.

Ia juga bersifat alkali ringan untuk membantu mengeluarkan angin kembung bayi, dan mencantikkan kulit ibu dan bayi. Juga membantu menambah Susu Badan.

Ingin ketahui info susu kambing yang terbaik untuk ibu menyusukan anak?
Klik -->> SINI


Komuniti Facebook :



Baca juga info dibawah :




Isnin, 30 April 2018

Masalah Menyusukan Anak? Jom Baca

STRESS DAN SEDIH SEBAB GAGAL MENYUSUKAN ANAK



Okay harini admin nak share tips Cara Mengepam Susu Ibu Supaya Hasil Bertambah Banyak. Tapi, banyak je tak semestinya cukup dan bagus. Apa yang penting adalah KUALITI 😉😉

1. SELESA

Pastikan anda dalam keadaan yang selesa iaitu tempat dan kerusi yang anda duduk dalam keadaan selesa. Sediakan air kosong dan alat bantu mengepam.
Tenangkan diri kerana jika anda stress ia akan mengganggu hasil setelah mengepam.

2. PAM DENGAN KERAP

Untuk menambah hasil susu badan dan supaya susu badan lebih banyak, amalan mengepam wajib dibuat. Pam dengan lebih kerap dan bukan pam lebih LAMA.

Ya mengepam lebih kerap adalah bertujuan untuk memperolehi hasil yang maksimum. Bukan lebih lama seperti yang kebanyakan ibu-ibu muda lakukan. Itu hanya akan membuatkan diri sendiri menjadi letih.

3. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA



kredit : efaothman.com


Anda akan cepat letih apabila menyusukan bayi dan melakukan aktiviti mengepam, Sebab itulah anda memerlukan air secukupnya untuk tubuh kerana proses mengepam akan membuatkan anda cepat berasa haus dan tekak kering.
Tubuh anda memerlukan air untuk tenaga untuk hasil susu yang seterusnya.

4. POWER PUMPING

kredit : healthyvitagarden.com

Teknik ini terbukti membantu ibu yang inginkan hasil susu yang konsisten dan ketika dalam keadaan dimana susu badan kurang. Power Pumping (PP) ni perlu anda jadikan amalan. Power Pumping ni macam mana ya?

Untuk yang manggunakan single pump :
Pam payudara side kanan selama 10 minit. Kemudian tukar pam pada sebelah kiri pula selama 10 minit yang sama.
Tukar semula kedudukan pam pada sebelah kanan 10 minit, lepastu pam balik semula payudara sebelah kiri 10 minit.

Akhir sekali, pam semula sebelah kanan 10 minit dan akhirnya kiri pulak 10 minit. Jadi total semuanya dalam masa sejam adalah 30 minit saja mengepam payudara sebelah kanan, dan 30 minit sebalah kanan

Untuk yang menggunakan double pump :

Pam serentak saja payudara sebelah kiri dan kanan selama 10 minit. Kemudian rehat kejap 10 minit. Kemudian sambung mengepam 10 minit, dan lepastu rehat balik semula 10 minit. Cukupkan total semuanya 30 minit bagi sesi power pumping tadi. Lepas tu anda boleh rehat. Mudah kan?

PEMILIHAN MAKANAN

Pemilihan makanan adalah mustahak supaya anda juga dapat nutrisi yang baik untuk menggalakkan lagi penghasilan susu badan yang berkualiti. Paling penting, banyakkan minum air ya!

Kredit : mummy.com 


Susu Kambing adalah pilihan terbaik untuk dijadikan sumber kalsium ibu menyusu kerana proteinnya mudah dihadam dan kurang risiko bayi menyusu mendapat alahan. Ia juga bersifat alkali ringan untuk membantu mengeluarkan angin kembung bayi, dan mencantikkan kulit ibu dan bayi. Juga membantu menambah Susu Badan.



Ingin perbanyakkan susu badan? Lepas tu proses pengepaman susu badan lebih mudah. Cubalah sekotak dulu. In Shaa Allah, semoga dipermudahkan.

Hubungi Konsultan Lazz yang sah di talian 016-3434312. Info penggunaan dan bimbingan selepas jualan disediakan.

Juga boleh ke halaman Facebook rasmi kami -->> SINI

 Minat respost Instagram kami -->> JOIN INSTAGRAM


Siapa Yang Berisiko Untuk Dapat Penyakit Diabetes? Ketahui Lebih Lanjut




Siapa yang berisiko untuk dapat DIABETES?

Setiap individu adalah unik. Mereka mempunyai risiko yang berbeza terhadap diabetes. Ada orang yang tiada risiko diabetes, manakala ada yang mempunyai lebih daripada satu risiko diabetes.

Tiada siapa boleh meramal bila seseorang itu akan mendapat penyakit diabetes. Namun, apa yang perlu kita tahu, jika kita adalah golongan yang berisiko untuk menghadapi diabetes, kita perlu lakukan sesuatu untuk mencegahnya.

Golongan yang bakal dijangkiti diabetes :

- Seseorang yang berumur lebih 35 tahun keatas
- 10% ada sejarah ahli keluarga yang menghidapi diabetes
- Berat badan yang berlebihan
- Kekebalan insulin pada penghidap obesiti.
- Cara hidup yang tidak sihat

Tanda-tanda dan gejala-gejala diabetes termasuk :

- Sentiasa dahaga
- Sentiasa lapar
- Mulut kering
- Kerap membuang air kecil
- Penurunan berat badan
- Keletihan
- Penglihatan kabur
- Sakit kepala / pengsan

Rawatan :

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium & kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah dan mengurangkan penyakit diabetes.

Buat pesakit Diabetes boleh ambil Lazz Asli. Rasanya sangat sedap dan tak meloyakan, mengandungi serbuk susu kambing yang segar.

Sabtu, 20 Januari 2018

Tiramisu Lazzat

Tiramisu Lazzat



Tiramisu Lazzat

Bahan-bahan
Biskut Lady Finger
250ml whipping cream
250g cream cheese
1/2 cawan gula castor
30g Lazzchoco
15g serbuk koko
35g Nestum
1 mug air suam
1 sachet lazzcafe
Air - untuk bancuh lazzcafe

Cara-cara
1. Campurkan lazzchoco dan serbuk koko.
2. ‎Dalam mixer pukul cream cheese dan gula hingga sebati.
3. ‎Masukkan whipping cream sehingga kembang.
4. ‎Bancuh lazzcafe dengan air suam.
5. ‎Celupkan biskut ke dalam lazzcafe.
6. ‎Susun biskut ke dalam bekas.
7. ‎Letakkan adunan cream cheese.
8. ‎Taburkan nestum
9. ‎Taburkan campuran lazzchoco.
10. ‎ulang lagi lapisan tadi.
11. ‎Sejukkan di dalam peti sejuk.


Kami turut sertakan video untuk membuat Tiramisu Lazzat ini. Kongsi bersama rakan-rakan jika bermanfaat bagi anda. Selamat menonton... 

Kredit : LAZZ Susu Kambing






 Ingin mencari susu kambing yang tak hamis? Sedap? Sesuai diminum seisi keluarga dari kanak-kanak sehingga warga emas. Boleh hubungi / whatsapp ke 016-3434312

Ada lagi pelbagai resepi menarik... Klik ---->> SINI