Khamis, 3 Mei 2018

Kulit Muka Berminyak? Ada Berita Baik Ni






POSTING 3 MEI 2018
Oleh : Mohd Salfizam Bin Salamun (Sahabat Bisnes Dari Rumah)



Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering.

Namun jika berlebihan, ia menyebabkan muka berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka hingga rasa kurang keyakinan pada diri.

Dah tak payah keluar duit banyak dah nak atasi kulit muka berminyak ni, guna bahan-bahan kat bawah ni je. Nak tahu? Jom baca post kat bawah. Selamat mencuba





1. Tomato

Kisarkan sebiji tomato hingga lumat dan campurkan dengan sedikit madu. Sapu rata pada kulit muka dan biarkan selama 15 minit. Setelah selesai, bila dengan air suam hingga bersih.




2. Yogurt

Ambil sesudu besar yogurt dan ratakan ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas. Lakukan seminggu sekali. Ia akan membantu menanggalkan sel kulit mati dan menyerap lebihan minyak pada muka.




3. Timun

Kisar timun segar hingga hancur lalu jadikannya sebagai masker pada wajah. Biarkan selama lebih kurang 30 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu untuk kesan terbaik.




4. Garam

Masukan garam ke dalam bekas berisi air suam. Kacau hingga sebati kemudian cuci kulit muka bersama air garam tersebut. Lakukan sehari sekali.



5. Lemon

Campurkan sesudu jus lemon bersama sedikit madu dan susu. Sapukan pada kulit muka biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dibilas. Amalkan sekali sehari untuk hasil yang terbaik.



6. Madu

Campurkan madu bersama perahan air limau purut atau asam keping. Kemudian sapukan bahan campuran secara merata pada muka dan biarkan ia kering dengan sendiri. Apabila kering, bila muka dengan air bersih. 



Semoga bermanfaat untuk anda !!!


Komuniti Laman Sosial :










Selasa, 1 Mei 2018

7 Perkara Ibu Menyusu Perlu Tahu




Tubuh badan kita sebenarnya sedang bekerja untuk menghasilkan nutrisi yang sangat diperlukan oleh si kecil semasa menyusukan anak.

Antara lain, ibu perlu juga menjaga pemakanan agar si kecil tidak mengalami masalah alahan atau sebarang gejala yang membimbangkan ibu.

Susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia, tetapi ada masanya susu badan ibu boleh berubah rasa dan kualiti oleh sebab beberapa faktor.

Jadi ibu-ibu perlu menjaga pemakanan untuk mengekalkan kualiti susu badan agar si kecil mendapat susu badan yang terbaik.

7 PERKARA IBU MENYUSU PERLU TAHU

Berikut adalah beberapa perkara yang ibu menyusu perlu ketahui.

1. DIET BERLEBIHAN

Kredit : crystalxperdana.com
- sakit perut

Selepas bersalin, mungkin ada wanita yang rasa stres melihat perut mereka yang menggeleber. Oleh sebab itu, ada yang cepat-cepat memulakan diet untuk kembali kepada bentuk badan asal.

Tak salah jika anda memilih makanan yang berkhasiat, namun pastikan anda turut mengambil makanan daripada semua piramid makanan agar semua nutrisi lengkap dapat diperolehi oleh tubuh.

Rejim diet yang terlalu ketat juga boleh menjadi punca susu badan anda merudum dan semakin berkurang.

2. BUAH-BUAHAN SITRUS

Kredit : diarynutrisi.com
- buah buahan

Elakkan memakan buah-buahan sitrus seperti oren, limau, dan lemon terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada sistem penghadaman bayi yang belum matang.

Menurut sumber, ia juga boleh menjadi punca ruam lampin kepada bayi jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, pelbagaikan pengambilan vitamin C melalui buah-buahan lain seperti jambu batu, epal, betik, dan anggur.

3. JAMU DAN UBAT

Kredit : mcare.com
- ubat

Bukan semua jamu yang boleh anda makan semasa dalam pantang. Ada sesetengahnya dapat menimbulkan masalah kesihatan bagi bayi yang tidak serasi dengannya. Sekurang-kurangnya, tunggu 14 hari selepas bersalin sebelum mencuba sebarang produk kesihatan atau suplemen herba.

Seeloknya, baca label dengan teliti dan beli dalam kuantiti kecil terlebih dahulu. Sekiranya bayi tidak terganggu dengan penyusuan, barulah anda meneruskan pengambilannya. Elakkan sama sekali produk-produk yang diragui dan tidak diperakui oleh badan-badan berdaftar.

Sekiranya anda jatuh sakit dan perlu memakan ubat, pastikan anda memberitahu doktor bahawa anda sedang menyusu supaya mereka dapat mempreskripsikan dos dan jenis ubat yang khusus.

4. MAKANAN PEDAS

Kredit : cronyos.com
- lauk pedas

Tidak semua bayi akan meragam dan mogok menyusu apabila ibunya memakan makanan pedas. Namun, anda mungkin akan mendapati sesetengah bayi amat sensitif terhadapnya, lebih-lebih lagi sekiranya bayi menyusu badan dalam masa 1 jam selepas anda memakannya.

Oleh itu, jika anda minat dengan makanan pedas, cuba makan makanan tersebut dalam kuantiti kecil dahulu untuk melihat reaksi bayi.

5. GANDUM

Kredit : foodnavigator.com
- pokok gandum

Sesetengah bayi akan berasa tidak sedap perut, kembung, dan sembelit akibat alahan terhadap gandum yang terdapat dalam roti, pasta, mee, dan pastri.

Sekalipun bayi tidak meragam, anda boleh memantaunya melalui najis bayi. Jika ia tidak kelihatan normal dan nampak berketul, kering, dan berdarah, cuba elakkan makanan yang bergandum selama 2-3 minggu. Sekiranya najis mereka kembali normal dalam tempoh tersebut, mungkin bayi anda alah terhadap gandum.

6. KAFEIN

Kredit : flickr.com
- kopi

Salah satu minuman yang perlu dihadkan pengambilannya semasa menyusu badan adalah minuman berkafein seperti kopi, teh atau soda.

Antara kesan yang boleh dialami akibat kafein ini adalah masalah sukar tidur, meragam, dan ketidakselesaan. Seelok-eloknya, hadkan pengambilan kopi harian anda kepada 1 gelas sehari.

7. SOYA DAN PRODUK TENUSU

Kredit : indiamart.com
- soya

Susu, produk tenusu seperti keju dan yoghurt, serta soya adalah antara makanan yang paling kerap menjadi alahan kepada bayi dan anak kecil. Sungguhpun mereka tidak meminumnya secara terus, proses penceraian makanan ini boleh membawa alergen yang sama untuk masuk ke dalam susu badan.


MAKANAN BERKUALITI PENTING UNTUK ANDA DAN BAYI

Jangan rasa tertekan sekiranya anda tidak dapat memakan makanan kegemaran anda semasa menyusu badan. Pantang ibu menyusu ini hanya berlangsung buat sementara saja. Tambahan pula, tidak semua bayi yang alah terhadapnya.

Pemilihan makanan adalah mustahak supaya anda juga dapat nutrisi yang baik untuk menggalakkan lagi penghasilan susu badan yang berkualiti. Paling penting, banyakkan minum air ya!

Susu Kambing adalah pilihan terbaik untuk dijadikan sumber kalsium ibu menyusu kerana proteinnya mudah dihadam dan kurang risiko bayi menyusu mendapat alahan.

Ia juga bersifat alkali ringan untuk membantu mengeluarkan angin kembung bayi, dan mencantikkan kulit ibu dan bayi. Juga membantu menambah Susu Badan.

Ingin ketahui info susu kambing yang terbaik untuk ibu menyusukan anak?
Klik -->> SINI


Komuniti Facebook :



Baca juga info dibawah :